Wednesday, August 25, 2010

Cili

Cili ditemui oleh bangsa Sepanyol kira-kira abad ke -16 semasa era perkembangan baru dunia.Cili boleh didapati dan ditanam meluas di seluruh dunia.Di antara negara-negara tersebut ialah Brazil, Congo, India, Jepun, Honduras, Guatemala, Mexico, Mombassa, Uganda, China dan Amerika Syarikat.Cili adalah dari keluarga Solanaceae iaitu satu keluarga dengan ubi kentang dan tomato. Ia boleh dibahagikan kepada beberapa spesis dan yang paling popular ditanam di Malaysia hanya dua jenis iaitu Capsicum annum dan Capsicum frutescen. Contohnya, cili padi, cili api, cili gadung, cili tomato dan cili akar.Cili yang bersaiz kecil lebih pedas rasanya.Kepesasan cili adalah bergantung kepada kandungan Capsaicin/Capsaicivoids di dalamnya.Terdapat 5 komponen capsaicin di dalam cili, iaitu nordihidro capsaicin, capsaicin, dihidro capsaicin, homo capsaicin dan homo dihidro capsaicin.Komponen tersebut mambantu merawat sistem peredaran darah yang kurang lancar seperti aliran darah pada tangan, kaki dan jantung.Buah cili yang pedas dapat meningkatkan suhu badan sehingga merangsang metabolisme yang mengakibatkan lancarnya peredaran darah.Capsaicin juga bersifat mukokinetik yang dapat mengurangi, mengatur dan mengeluarkan lendir dari paru-paru bagi penyembuhan bronchitis, influenza, masuk angin dan asma.Buah cili juga mengandungi flavoid dan antioksidan yang dapat melindungi tubuh dari penyakit barah. Biji cili mengandungi capsaicin yang mampu mencegah jangkitan pada sistem pencernaan. Minyak cili dipanggil capsicol.Ia diguna sebagai ubat sapu bagi mengurangkan sengal-sengal, sakit gigi, sesak nafas dan gatal-gatal. Di negara barat, cili diproses menjadi tablet dan digunakan sebagai bahan pelali, melawan kelesuan atau lemah badan.Cili menyumbang sumber vitamin C, B, E dan protovitamin A bagi memenuhi keperluan kehidupan manusia.

0 comments:

Post a Comment