Wednesday, August 25, 2010

Mata Pelanduk


Tumbuhan ini sering ditemui di kawasan belukar dan pinggir hutan. Bahagian akar dan daunnya sering digunakan untuk perubatan. Akarnya dianggap mujarab untuk campuran ubat sakit meroyan. Air rebusan akarnya diyakini baik untuk mengubat sakit tekak atau dada. Tetapi awas,jika minum terlalu banyak menyebabkan seseorang muntah. Daunnya elok untuk mengubat penyalit sengal-sengal tulang. Lumatkan daun beserta akarnya lalu pupukkan pada tempat yang sakit. Buahnya yang berwarna merah dan manis, boleh dimakan sebagai ulam.

0 comments:

Post a Comment